Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) tubuh kerajaan negeri (pindaan) 2022 bagi membolehkan enakmen anti lompat parti dilaksanakan di negeri itu.<br /><br />Usul pindaan itu dibawa oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Rabu dan mendapat sokongan sebulat suara ahli dewan pada mesyuarat ketiga penggal kelima DUN Selangor ke-14.